twitter
rss


Video ini memaparkan tentang kaedah mudah memahami konsep menyukat isipadu cecair.  Kapasiti cecair tidak dapat disukat dengan membuat perbandingan ketinggian atau saiz bekas tetapi dengan menyukat kapasiti dengan menggunakan unit standard dengan alat pengukur seperti silinder penyukat dan bikar.  Unit standard yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair ialah Liter dan milliliter





AKTIVITI PEMBELAJARAN

TAJUK:  ISIPADU CECAIR
KEMAHIRAN:  1. Membandingkan isipadu cecair.
                2. Menyukat isipadu cecair menggunakan unit non standard.
                3. Menyukat isipadu cecair menggunakan unit standard.       

OBJEKTIF     :  Di akhir pembelajaran murid dapat membandingkan isipadu cecair,
.                          menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit non-standard dan
                           unit standard.

BAHAN BANTU MENGAJAR:
  1. Botol air mineral
  2. Botol minyak masak
  3. Botol syampoo
  4. Botol jus buah
  5. Jag
  6. Cawan
  7. Bikar atau silinder penyukat

AKTIVITI 1:   Simulasi – melakonkan suasana menyediakan minuman kepada  
                          tetamu.
SASARAN :  Murid Tahun 2
                       Tahap Kebolehan Rendah.

Langkah-langkah:
  1. Set Induksi:
Guru membawa 2 bekas berisi air yang berbeza bentuk dan saiz.

Guru dan murid bersoal jawab mengenai kapasiti air yang mana lebih dan yang mana kurang.

  1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan.  Peralatan diagihkan kepada setiap kumpulan:
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
1 Jug besar
5 biji cawan sama saiz
Air sirap
1 Teko besar
5 biji cawan sama saiz
Air sirap

Murid diberi penerangan mengenai tugasan yang akan dilaksanakan oleh mereka.

  1. Murid menjalankan aktiviti simulasi iaitu melakonkan situasi di rumah ketika menghidangkan minuman kepada tetamu. 
i)                    Menjemput tetamu masuk ke rumah.
ii)                  Menghidangkan air minuman kepada tetamu.
iii)                Menuangkan air dari jug (kumpulan 1) dan teko ( kumpulan 2) ke dalam cawan yang sama saiz.
  1. Murid membuat pemerhatian terhadap kapasiti air pada asalnya iaitu air di dalam jug dan teko serta kapasiti sebenar air tersebut.



  1. Murid membuat kesimpulan daripada pemerhatian mereka.
  2. Murid menyukat air di dalam jug dan air di dalam teko dengan menggunakan bikar penyukat untuk melihat kapasiti sebenar air sirap di dalam setiap bekas tersebut.


  1. Murid membuat kesimpulan dan menjawab soalan lembaran kerja.



AKTIVITI 2: Permainan – usahawan muda
SASARAN : Murid Tahun 2
                      Tahap kebolehan tinggi

LANGKAH-LANGKAH:
  1. Set induksi
Guru mempamerkan bekas-bekas seperti botol air mineral, botol minyak masak, botol syampoo dan botol jus buah.  Bekas-bekas tersebut telah diisi dengan cecair berkapasiti 1 liter.
Guru dan murid bersoal jawab mengenai kapasiti air dan perkaitannya dengan saiz dan ketinggian bekas.
  1. Guru meminta murid menyukat setiap cecair yang terdapat di dalam botol-botol tersebut dengan menggunakan silinder penyukat atau bikar.
  2. Murid membuat kesimpulan daripada pemerhatian mereka.
Kuantiti air di dalam sesuatu bekas tidak bergantung kepada ketinggian dan saiz bekas.  Kuantiti air perlu disukat dengan menggunakan unit standard iaitu liter dan milliliter untuk mendapatkan sukatan yang tepat.
  1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  2. Peralatan di sediakan oleh guru dan murid iaitu:
i)                    botol air mineral
ii)                  botol minyak masak
iii)                botol syampoo
iv)                botol jus buah dan lain-lain lagi
v)                  bikar atau silinder penyukat
vi)                pewarna makanan
  1. Setiap kumpulan diminta mencipta cecair seperti minyak masak, syampoo dan jus buah dengan menggunakan pewarna makanan yang disediakan.
  2. Cecair yang dicipta dimasukkan ke dalam botol kosong yang dibawa oleh murid dengan sukatan yang tertera pada botol.  Setiap sukatan adalah dengan menggunakan silinder penyukat atau bikar.
  3. Murid menggunakan kreativiti mereka sendiri mempamerkan gerai jualan bahan-bahan ciptaan mereka dengan memperkenalkan hasil ciptaan dan kapasiti cecair ciptaan mereka.
  4. Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti yang dijalankan.
  5. Murid menjawab soalan PUZZLE.


KESIMPULAN
            Pemahaman konsep tentang kapasiti isipadu cecair perlukan satu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang terancang.  Tajuk Isipadu Cecair adalah tajuk yang baru kepada murid Tahun 2.  Penerangan konsep perlulah daripada contoh yang mudah kepada yang susah dan memerlukan penggunaan bahan konkrit untuk menunjukkan cara-cara menyukat sesuatu cecair. 
            Contoh-contoh serta peralatan yang digunakan perlulah  berkaitan dengan kehidupan seharian mereka kerana dengan cara ini akan memudahkan lagi pemahaman murid terhadap konsep penyukatan isipadu cecair. 
            Guru haruslah menunjukkan dengan jelas tentang perbandingan kapasiti di dalam bekas-bekas yang berbeza saiz, ketinggian dan bentuk.  Penjelasan konsep perlu ditegaskan iaitu kapasiti air tidak bergantung kepada ketinggian air di dalam bekas tetapi kapasitinya perlulah disukat dengan menggunakan unit standard iaitu liter dan milliliter.
            Bagi memperjelaskan lagi pemahaman konsep, guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.  Aktiviti yang menarik akan menimbulkan minat murid untuk menjalankan tugasan yang membawa kepada kesimpulan dan objektif pembelajaran tersebut.
            Penghasilan tugasan ini memberi banyak panduan kepada saya bahawa betapa pentingnya pemahaman konsep sesuatu kemahiran.  Tanpa pemahaman konsep pelajar tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah Matematik.  Pembelajaran konsep pula amat memerlukan contoh-contoh konkrit dan berkaitan dengan kehidupan seharian.  Ianya bukan sahaja untuk meningkatkan pemahaman malah dapat membuka minda dan idea murid untuk membuat lebih luas penerokaan terhadap pembelajaran.